Kecederaan dan kemalangan boleh terjadi di mana sahaja. Namun begitu, bukan semua orang tahu pertolongan cemas yang patut dilakukan jika berlaku kecemasan.
Minat dalam bidang perubatan boleh dipupuk sejak kecil dan boleh diusahakan dengan menepati syarat kelayakan dalam bidang perubatan lepasan SPM.
Jika mempunyai kanak – kanak yang sedang membesar pastinya lebih memerlukan perhatian dan pengetahuan untuk menjaga mereka.
Mungkin di waktu mereka bermain dan terjatuh, mungkin terdapat luka yang terbuka yang sering kali terjadi di lutut dan tapak tangan.
Kecederaan dan kemalangan tidak dapat dijangkakan bila ianya terjadi, pengetahuan bagi merawat luka terbuka atau kecederaan ringan adalah penting.
Jika tidak kena caranya, luka yang dialami akan lambat sembuh.
Oleh itu, belia muda boleh membuat persediaan bagi menepati syarat kelayakan mengambil bidang perubatan bagi lepasan SPM.
Jenis – Jenis Luka
Luka
Luka biasa yang sering terjadi boleh diakibatkan dari penggunaan daya tumpul atau menghancurkan. Ianya akan menjadi tidak teratur dan bergeribat di bahagian tepi.
Hirisan atau Pembedahan
Objek tajam boleh menjadi punca ia terjadi dengan bersih. Antara contoh objek tajam ialah kaca, bilah atau pisau pembedahan.
Luka Tusukan
Luka yang terjadi dengan objek tajam yang seolah menikam. Di luaran luka tusukan ini pada permukaannya mungkin kecil bahagian lukanya.
Namun, luka yang terjadi sebenarnya jauh kedalam dan jika terlalu dalam boleh merosakkan organ.
Luka jenis ini juga lebih mudah mendapat jangkitan kerana ianya luka adalah lebih dalam dari luka biasa. Kuman mudah menjangkiti tisu yang lebih dalam. Lebih parah apabila proses pembersihan luka tersebut menjadi sedikit sukar kerana jauh ke dalam dan lebih sempit.
Lelasan
Lelasan merupakan luka yang terjadi hanya dipermukaan kulit. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh tergelincir, tergores, merumput dan mengikis.
Ianya kebiasaan tidak begitu serius dan boleh dirawat di rumah.
Avulsion
Avulsion merupakan luka traumatik serius yang mengakibatkan tisu yang terkoyak atau putus.
Luka jenis ini boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak berlaku. Ianya perlu diberi rawatan perubatan segera.
Sebagai contoh, jika anda terlibat dengan kemalangan motor dan menyebabkan lutut anda terkoyak.
8 Faktor Luka Lambat Sembuh
Tempoh penyembuhan luka berbeza mengikut individu. Beberapa faktor boleh menjadikan luka lambat sembuh. Antaranya:
Usia
Kulit akan mengikut pertambahan umur individu itu. Semakin tua, makin perlahanlah proses penyembuhan luka.
Kerana itu jugalah, orang yang tua lebih mengambil msds untuk sembuh suatu luka.
Kulit juga akan menjadi semakin nipis dan akan mengakibatkan tinggi risiko untuk mendapat kecederaan.
Peredaran Darah
Darah menjadi agen penting dalam proses penyembuhan. Ini kerana darah akan membawa sel sel untuk membaiki tisu dan urat yang koyak di bahagian luka.
Jadi, peredaran darah yang lancar adalah amat penting bagi mempercepatkan segala proses penyembuhan berlaku.
Secara tak langsung, luka akan lambat sembuh sekiranya peredaran darah ke seluruh badan tidak lancar.
Kelembapan Kulit
Adalah penting untuk menjaga kelembapan wajah supaya proses penyembuhan luka boleh terjadi dengan elok dan cepat.
Jika kulit terlalu kering akan mudah mendapat luka pada kulit, jangkitan serta penebalan yang akan menyukarkan penyembuhan berlaku.
Namun jika terlalu lembab juga tidak bererti ianya baik. Kelembapan secara optimum harus dijaga bagi menggalakkan penyembuhan berlaku.
Jangkitan
Jangkitan pada luka boleh menjadi punca untuk luka tersebut lambat sembuh. Jika terlalu teruk ianya boleh menghentikan proses penyembuhan dan menjadi lebih teruk.
Pemakanan
Diet pemakanan kita juga mempengaruhi proses penyembuhan berlaku.
Jika tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi, bukan sahaja mengakibatkan lambat sembuh, proses pembaikan dan pertumbuhan sel juga akan terganggu.
Trauma Berulang
Pertahanan badan akan terbatas sekiranya ada luka yang banyak atau trauma yang serius akan menjadikan proses pembaikan luka perlahan.
Trauma seperti menjalani pembedahan boleh menjadikan luka lambat sembuh.
Keadaan Kesihatan
Mempunyai masalah kesihatan juga boleh menjadi sebab luka lambat sembuh.
Penyakit seperti kencing manis boleh menjadi salah satu contoh dimana ia berkaitan dengan gangguan sistem pertahanan badan, seterusnya mengganggu proses penyembuhan luka berlaku.
Obesiti
Risiko terkena jangkitan pada luka adalah lebih tinggi terhadap individu obesiti atau yang mempunyai berat badan melebihi 20% dari berat yang sepatutnya.
Rawat Luka Lambat Sembuh dengan Tertib
Penilaian Luka
Penilaian luka daripada pihak yang pakar adalah penting bagi memastikan tahap luka, proses penyembuhan.
Sekiranya ada jangkitan, boleh bertindak segera dengan rawatan yang tepat.
Kulit disekitar luka boleh memanjangkan lagi masa penyembuhan sekiranya tisu pada kulit tersebut rosak teruk. Jadi, penilaian luka adalah amat penting bagi menyembuhkan luka yang optimum.
Pembersihan Luka
Pembersihan luka adalah amat penting kerana ianya bertujuan untuk membuang serpihan atau bendasing yang masih melekat pada luka.
Sebagai contoh, batu atau serpihan kayu. Ia akan menjadi punca jangkitan berlaku sekiranya tidak dibuang.
Luka boleh dibersihkan dengan alirkan dengan air suam, iodin, dermacyn dan banyak lagi.
Serpihan Luka
Mengeluarkan serpihan luka dari kulit merupakan prosedur yang hanya doktor atau jururawat terlatih sahaja boleh melakukannya.
Ia melibatkan proses mengeluarkan tisu yang menyimpang atau yang dijangkiti di dalam luka sekiranya ia tidak dapat dikeluarkan semasa pembersihan luka.
Persalinan Luka
Persalinan luka memberi peranan penting dalam proses penyembuhan luka secara optimum, ianya dapat mengurangkan kesakitan.
Bagi menjaga kelembapan pada luka, dan mengelakkan pendarahan berlaku persalinan luka dapat mengawalnya.
Kesimpulan
Luka memang sering kali terjadi namun, rawatan awal dan cara penjagaannya harus dititikberatkan supaya tidak berlakunya sebarang jangkitan.
Sekarang anda sudah tahu tentang luka, maka anda sudah merawat luka-luka yang terjadi. Tak perlu datang ke klinik bagi rawatan lanjut.
Di kunyithitam.my, penghasilan kapsul kunyit hitam plus boleh dijadikan ikhtiar untuk merawat.
Ekstrak kunyit hitam dan habbatus sauda dicampurkan dalam satu tablet menjadikan ianya mudah untuk diamalkan setiap hari.
Boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di laman web kami kunyithitam.com.