Pernahkan anda mengalami pedih ulu hati selepas mengambil makanan berat? Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu kawasan bawah esophagus.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya secara kerap malah ada yang setiap hari.
Kekerapan ini menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).
Pedih ulu hati mungkin bukanlah satu simptom yang membimbangkan untuk pesakit GERD. Namun, hati-hati kerana ada kemungkinan juga sebenarnya adalah serangan jantung.
Rasa pedih ulu hati, sakit dada dan sakit jantung semuanya mempunyai rasa yang seakan-akan sama.
Oleh sebab itulah, anda perlu segera berjumpa dengan doktor jika keadaan semakin teruk untuk mengenalpasti sama ada diserang sakit jantung ataupun tidak.
Kenali Pedih Ulu Hati
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu kawasan bawah esophagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup.
Asid ini memasuki esophagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar.
Pedih ulu hati adalah salah satu masalah bahagian pencernaan yang sering berlaku tetapi boleh dicegah.
Ia sebenarnya tidak berkaitan dengan hati, akan tetapi ia dipanggil pedih ulu hati kerana ulu hati adalah bahagian di bawah dada dan bersebelahan jantung.
Deskripsi ini bertepatan dengan lokasi perut-organ yang terlibat dalam masalah pedih ulu hati. Jika berlaku secara kerap, kemungkinan anda diserang penyakit GERD.
Walaupun pada amnya masalah GERD ini tidak berbahaya, namun jika dibiarkan tanpa rawatan ianya boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius.
Tanda dan Gejala Pedih Ulu Hati
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
- Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada.
- Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
- Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau cecair panas masam atau masin di belakang tekak.
- Sendawa.
- Batuk yang teruk.
- Suara menjadi serak.
- Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Pencegahan dan Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu.
Antara pencegahan dan rawatan yang boleh di ambil perhatian adalah:
1. Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower esophageal sphincter (LES) dan memberhentikan tindak balas reflux asid.
Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.
2. Sukatan pemakanan
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
- Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
- Cuba kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat pengambilan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.
3. Ubah Cara Hidup
- Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
- Makan perlahan lahan. Kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan.
- Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan. Makan ketika dalam keadaan tertekan akan menyebabkan ketidakhadaman perut.
- Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan.
Kesimpulannya, amalan penjagaan kesihatan yang betul dan gaya hidup sihat memainkan peranan penting untuk mencegah simptom asid refluks dan mengelakkan sebarang komplikasi.
Hal ini kerana, simptom yang kita alami barangkali boleh memudaratkan kesihatan sendiri.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan dan herba tradisional juga membantu untuk melegakan rasa pedih ulu hati.
Sebagai contoh bahan semulajadi seperti kunyit hitam boleh dijadikan alternatif bagi merawat ketidakselesaan pada perut atau radang perut.
Kini, terdapat kapsul yang mengandungi ekstrak dari kunyit hitam dan ekstrak habbatus sauda berkualiti tinggi bagi memudahkan pengambilannya setiap hari.
Khasiat daripada kapsul kunyit hitam boleh menjadi asbab untuk melegakan pedih ulu hati dan memulihkan keradangan dalam perut sekaligus mengelakkan simptom terkena serangan jantung.
Kunyit hitam mengandungi bahan aktif fitokimia dan tinggi dengan bahan anti-radang yang dipercayai membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan manfaat daripadanya, anda boleh layari laman web di bawah.