Kencing Tak Lawas. Jangan Ambil Mudah!

kencing tak lawas

Share This Post

Masalah kencing tak lawas bukanlah sesuatu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat malah ianya sering berlaku tidak mengenal lapisan usia. 

Sering dikaitkan dengan faktor penuaan dan kebanyakan berlaku kepada warga emas. Walau bagaimanapun, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali malah penyakit kencing tak lawas boleh dielakkan ketika di usia tua.

Ramai individu mengambil langkah berdiam diri apabila menghadapi masalah ini kerana malu untuk mendapatkan rawatan dan berfikir ianya akan pulih dengan sendiri. 

Oleh yang demikian, ramai penghidap penyakit kencing tak lawas mendapat gangguan emosi dan menderita dalam diam kerana pembuangan air kecil terganggu.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing tak lawas, anda perlu mendapatkan rawatan yang segera. Selain itu terdapat ubat ubatan dan produk tertentu yang dapat merawat masalah ini.

 

Gejala dan Tanda Kencing Tak Lawas

Antara gejala dan tanda yang dikenalpasti menyerang individu yang menghidap kencing tidak lawas adalah:

  • Aliran air kencing mengecil
  • Aliran air kencing tersekat-sekat
  • Air kencing menitis selepas buang air kecil
  • Rasa tidak puas selepas buang air kecil

 

Punca Kencing Tak Lawas

1. Benign Prostatic Hyperplasia

Penyakit ini berlaku apabila struktur prostat dibahagian saluran air kencing membesar dan menghimpit saluran kencing. 

Ketika seseorang itu berumur, prostat tersebut boleh membengkak. Jika ia terlalu besar, ia akan menghimpit saluran air kencing dan menyebabkan air kencing susah untuk dibuang. 

Akibatnya, pesakit terpaksa meneran untuk mengeluarkan air kencing tersebut.

 

2. Batu Karang

Batu karang yang berada di dalam pundi kencing akan menyebabkan rasa sakit dan juga kencing berdarah. 

Pesakit juga akan mengalami rasa kencing tak lawas disebabkan batu tersebut akan merangsang reseptor di dalam pundi kencing. 

Pesakit seolah-olah merasakan masih terdapat air kencing lagi di dalam pundi kencing tersebut.

 

3. Kanser Prostat atau Kanser Pundi Kencing

Kanser prostat akan menyebabkan saiz prostat membesar dan menghimpit saluran air kencing. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk membuang air kencing dan rasa tidak puas walaupun telah membuang air kencing.

Bagi kanser pada pundi kencing pula, ia akan menyebabkan pendarahan dalam pundi kencing. Ketika mana darah terlalu banyak, ia akan membeku di dalam pundi kencing dan saluran air kencing akan tersumbat.

 

4. Kencing Manis

kencing tak lawas

Pesakit kencing manis yang mempunyai gula tidak terkawal akan menyebabkan penghasilan air kencing semakin meningkat. 

Ini kerana gula yang berlebihan akan masuk ke dalam air kencing dan menyebabkan ia pekat. Kepekatan air kencing ini akan menarik air di dalam badan untuk masuk ke dalam air kencing.

Pesakit akan kencing selalu dan kerap kerana isipadu air kencing yang dihasilkan adalah lebih banyak. Ini menyebabkan pesakit merasakan kencing tidak lawas.

 

5. Masalah Saraf

kencing tak lawas

Masalah saraf yang dimaksudkan adalah masalah saraf yang akan mengganggu fungsi kawalan air kencing. Antara masalah saraf tersebut adalah:

  • Multiple Sclerosis
  • Slipped Disc
  • Sindrom Cauda Equina
  • Kecederaan pada tulang belakang

 

6. Kencing Kotor

Kencing kotor iaitu jangkitan kuman pada tempat buang air kencing juga akan menyebabkan rangsangan pada pundi kencing dan saluran air kencing. 

Ia akan menyebabkan pesakit rasa seolah-olah terdapat air kencing lagi di dalam pundi kencing. 

Sedangkan apa yang berlaku adalah pundi kencing tersebut mengalami rangsangan daripada jangkitan kuman yang sedang berlaku.

 

7. Tahan Kencing

Jika seseorang menahan kencing dengan terlalu lama, ia akan menyebabkan otot pundi kencing tidak dapat mengecut dengan sempurna. 

Ini akan menyebabkan terdapat lebihan air kencing di dalam pundi kencing. Oleh itu, dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terlalu lama menahan air kencing.

 

Komplikasi Kencing Tak Lawas

kencing tak lawas

Antara komplikasi kencing tak lawas yang perlu di ambil perhatian adalah:

1. Masalah Tahan Air Kencing

Keadaan ini menyebabkan seseorang tidak dapat kencing langsung. Jika berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat, ia akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian ari-ari.

Jika berlaku secara perlahan-lahan, ia akan menyebabkan otot-otot pundi kencing merenggang dan menjadi lemah. Jika berlanjutan, seseorang itu akan mengalami masalah kawalan dan pembuangan air kencing.

 

2. Jangkitan Saluran Air Kencing

Jangkitan saluran air kencing boleh berlaku secara berulang kali. Jangkitan ini biasanya disebabkan ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi air kencing sepenuhnya. 

Air kencing yang bertakung menjadi penyebab kepada pembiakan bakteria. 

Gejala-gejala jangkitan salur kencing adalah seperti  kesakitan semasa kencing, perasaan terdesak untuk kencing yang datang secara tiba-tiba, kesakitan di bahagian ari-ari dan air kencing bertukar warna serta berbau.

 

3. Batu karang

Batu karang boleh berlaku jika pundi air kencing tidak dapat dikosongkan dengan sempurna. 

Gejala batu karang adalah seperti kesakitan di bahagian ari-ari, kesakitan semasa kencing dan kencing berdarah.

Langkah Pencegahan Kencing Tak Lawas

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Itulah slogan terbaik untuk sama-sama beringat tidak mengambil mudah punca terjadinya kencing tak lawas.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:

  • Minum air dengan secukupnya.
  • Tinggalkan alkohol dan amalan merokok.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan makanan berlemak dan meningkatkan pengambilan buah-buahan.
  • Melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat. Elakkan dari mendapat penyakit kelamin dengan mengelakkan hubungan seksual rambang. Penyakit kelamin seperti gonorrhea menyebabkan radangan dan jangkitan prostat dan salur air kencing.
  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan.
  • Jangan tahan air kencing.

 

Kesimpulan

kencing tak lawas

Amalan penjagaan kesihatan yang betul dan gaya hidup sihat memainkan peranan penting untuk mengelakkan terjadinya punca kencing tidak lawas. 

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan dan herba tradisional juga membantu untuk memulihkan penyakit ini. Sebagai contoh bahan semulajadi seperti kunyit hitam boleh dijadikan alternatif bagi merawat masalah kencing tak lawas. 

Kini terdapat kapsul yang mengandungi ekstrak dari kunyit hitam dan ekstrak habbatus sauda berkualiti tinggi bagi memudahkan mengambilnya setiap hari.

Terdapat banyak testimoni positif daripada penghidap penyakit kencing tidak lawas setelah mengamalkan pengambilan kunyit hitam sebagai ikhtiar perubatan.

Khasiat daripada kapsul kunyit hitam boleh menjadi asbab untuk memulihkan kawalan pundi kencing. 

Kunyit hitam mengandungi bahan aktif fitokimia dan tinggi dengan bahan anti-radang yang dipercayai membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

kencing tak lawas

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan manfaat daripadanya, anda boleh layari laman web di bawah.

BELI 1 PIL KUNYIT HITAM DI SINI!

More To Explore

pedih ulu hati
Uncategorized

Pedih Ulu Hati: Awas! Kemungkinan Serangan Jantung

Pernahkan anda mengalami pedih ulu hati selepas mengambil makanan berat? Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu kawasan bawah esophagus. Pedih ulu hati

kencing tak lawas
Uncategorized

Kencing Tak Lawas. Jangan Ambil Mudah!

Masalah kencing tak lawas bukanlah sesuatu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat malah ianya sering berlaku tidak mengenal lapisan usia.  Sering dikaitkan dengan faktor penuaan